Posts

Showing posts from 2013

The new life, Politeknik Premier Ungku Omar

Image
Assalamualaikum... Hai hai hai. Lama dah tak meng-update belog yang hampir bersarang labah-labah ni. Oke, nak kata busy, tak jugak. Tapi, busy la jugak. Belum sampai sebulan belajar, dah ada baaaanyak assignment. Belajar? Haaaa. Ni yang nak cerita ni. Kita dah sambung study dah. Tapi, bukanlah peringkat degree. Its supposed to be, but not my luck. Its okay. I redha :) Kita dah sambung study dekat POLITEKNIK UNGKU OMAR. Oh, silap. POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR. Premier kot. Ehehehehe. Bukan nak bangga. Time dapat dulu pun, tak sangkalah politeknik ni premier punya politeknik. And, tak pernah tahu PUO ni poli paling tua. Kiranya abang long dengan kak long segala politeknik laa ni. HAHAHAHA Oke, tak nak cakap banyak. Sebab update belog dekat CC. Cc tutup pukul 6.30 petang. And sekarang, pukul 6. Kang, tak sempat nak post, dah shut down. Still lagi tak banyak cerita, just baru tahu ada classmate aku time form 3 pun masuk PUO. Oke,

Memperkenalkan ...

Image
Assalamualaikum ... Hai readers :) Lama tak bersembang.  Kali ni saya nak promot *PromotPromotPromot* Butik menjahit. Kenapa menjahit? Hahaha, ini kedai makcik aii laa. Aii di arahkan oleh boss untuk promot. Oke lah. No problem lah . D' Jari Couture merupakan butik menjahit pakaian khususnya pakaian perempuan. Terletak di Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Shah Alam, Selangor. Antara pakaian yang menerima tempahan : * Baju kurung * Baju kurung moden * Kebaya * Jubah * Blouse * Baju Pemplum * Kemeja Perempuan * Membuat alteration * Baju Melayu (mengikut kehendak) Dress Jubah Fish Tail Jubah Berminat untuk tempahan ? Boleh hubungi Pn. Marlina Sahid Facebook , Instagram , Blog Email : djaricouture@gmail.com

Resepi Bubur Nasi Mudah

Image
Assalamualaikum .. Hey hey hey :) Mood masak kembali lagi. Hari ni nak masak simple jer. Bubur Nasi Sedap dimakan bersama sup, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan kicap ! Perfect combination. So, lets begin ... Bahan-bahan Bubur : Beras 1/2 pot (dibasuh) 1/2 ulas bawang putih (hiris) 1 ulas bawang kecil (hiris) 1 inci halia (hiris) Garam Air secukupnya Cara-cara : Masukkan semua bahan tu kedalam periuk dan masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Gunakan api perlahan-kecil. Sentiasa kacau sehingga bubur lembik. Kalau suka lembik, banyakkan air. Bahan-bahan Sup (Sayur-Nak pakai ayam pun boleh) 2 ular bawang putih (tumbuk) Ikan bilis sejemput (tumbuk) Sedikit serbuk lada hitam Sedikit perencah sup (optional) Sayur (semua jenis sayur yang sesuai) Air secukupnya Garam, gula, ajinomoto (jika suka) Cara-cara : Tumis bawang putih dengan ikan bilis dengan sedikit minyak. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau. Masukkan

Agar-agar Oreo Berlapis Milo

Image
Assalamualaikum, guys. Heyy. What's up? Teediaa. Ayat. Oke, abaikan. Kalini, saya nak share pulak resepi agar-agar yang seterusnya. Hari tu dah share. Tapi, jenis lain. nak tengok? Click sini . *Maap le atas penggunaan bahasa diri "aku"* Oke. Lets begin. AGAR-AGAR OREO BERLAPIS MILO Bahan-bahan : 1 bungkus agar-agar tali / serbuk agar-agar (Clear Colour) Air (Biasanya saya letak 1 botol mineral besar + separuh lagi botol mineral besar) 160 gram gula pasir (Atau ikut citarasa sendiri) 1 tin susu cair 3/4 serbuk Milo 1 bungkus Oreo yang panjang (Patah-patahkan. Kalau tak suka krim, amik biskut jer.) Cara-cara : Masakkan agar-gara tali / serbuk agar-agar bersama air mengikut sukatan. Kemudian, masukkan gula ikut citarasa kemanisan masing-masing. Jangan manis sangat. Jangan tak manis sangat. *err?* Bila agar-agar dah agak larut, masukkan susu cair. Masak sehingga agar-agar larut. Kecilkan api (paling kecil). Asingkan 2 cawan

Resepi agar-agar mudah, pelbagai cara.

Image
Assalamualaikum ... Hey, awak-awak sekalian. Kali ni saya dengan baik hatinya nak share resepi. Walaupun resepi ni dah ramai orang share, aahhh tak kira! Nak jugaaak ! Resepi apa? Haha. Simple je ni. Resepi agar-agar. Dari basic method ni, boleh ubah-ubah jadi macam-macam. So, lets begin :)           Bahan-bahan (Bahagian A) 1 bungkus agar-agar tali (nak pakai yang serbuk pun boleh) 1.5 litre air Gula Pewarna           Cara-cara Masukkan agar-agar bersama 1.5 litre air dan masak. Masukkan gula *secukup rasa*. Masak sehingga larut. Masukkan pewarna. Kalau nak buat dua atau lebih warna, bahagi kepada beberapa bahagian masakan tadi, baru tambah pewarna. *setelah api ditutup* Masukkan dalam acuan. Sejukkan dan bekukan. Siaaapp ! Haa. Simple jer. Nak lagi resepi berasaskan agar-agar? Agar-agar roti           Bahan-bahan (Bahagian B) 2 cawan susu cair 170 gm roti benggali 2 biji telur           Cara-cara Blender sem

Aiskrim Potong

Image
Assalamualaikum, guys. Bersua kita lagi sekali. Cuba teka, sekarang pukul berapa. Sekarang pukul 2.00 a.m tepat. Teeediaaa. Hmm, tak tahu lah. Sejak kebelakangan ni, asyik lambat je tidoq. So, cerita apakah aku nak update kali ini. Let's begin. Aku ada terdengar iklan dekat radio pasal Aiskrim Potong. Uihhh. Tengah drive tu tetiba boleh terliuq. Sedap wooh aiskrim tu. Tak payah nak beli yang Cornetto lah ape lah. Aiskrim potong ni pun dah legend. Murah pun, murah. HAHA ! Boleh beli banyak ! Buat stok seminggu. Tak gitu, yop? Inilah yang selalu aku beli. PERISA DURIAN BABE ! Kenapa dinamakan Aiskrim Potong? Kenapa tu, aku tak tahu lah. Sebab, aku hidup jer benda ni dah ada. Tinggal beli dan makan. Mungkin jugak sebab bentuknya yang bersegi. Senang potong kot. Entoh le. Ape pun, terbaik wookk !!

Sedikit tips untuk rayuan UPU.

Assalamualaikum .. Hey awak-awak yang tak dapat UPU tu. Kita nak share something ni. Lebih kurang macam tips jugaklah. Pilihan untuk rayuan. Mungkin pointer korang tidak sesuai dengan course yang korang pilih dulu. Mungkin dengan cara ini, dapat membantu korang yang tengah pening nak pilih tu. 1. Elakkan dari memilih universiti UTM, UKM, UPM, USM, UiTM, UMS, UMK dengan UNISZA. Sebab universiti ni nak pointer 3.00 ke atas. Agak susah untuk korang terpilih (bagi mereka yang pointer 2.00)  2. Pilih course yang kurang sambutan atau kurang permohonan atau TAK POPULAR. Peluang korang InsyaAllah cerah. Tak pe. Kita belajar jer. Ilmu perlu dicari. Sekarang bukan masanya untuk pilih course mengikut aliran. Kena ikut pointer korang.  3. Pelancongan, Perikanan dengan Perniagaan Antarabangsa merupakan antara course yang kurang mendapat perhatian.  4. UNIMAP terima pelajar pointer 2.5 keatas, InsyaAllah. Biarlah jauh, boleh hidup berdikari. Biar susah dahulu, senang di kemudian

Persiapan untuk ke Kolej Matrikulasi Perlis

Image
*Tukaq mood. Try untuk jadi akak :)* Assalamualaikum .. Hi adik-adik sekalian. Terima kasih kerana sudi baca blog akak ni. Oke, harini akak buat entry khas untuk adik-adik yang akan melangkah ke Kolej Matrikulasi Perlis. KMP AWESOME ! Oke, akak nak cerita serba sikit pasal KMP. Harap-harap dapatlah membantu sedikit sebanyak untuk adik-adik yang baru nak masuk ni. Oke. Kita mula dengan persiapan. Rasanya adik-adik dah print kot checklist yang ada dekat laman web tu. Pastikan semuanya lengkap. Sijil dah di sahkan, borang dah sign, and ada satu borang yang kena beli setem tu. INGAT. JANGAN PERNAH TINGGAL BORANG TU. Pastikan lengkap. Kalau tak, proses pengagihan elaun akan terganggu. Gambar passport mesti cukup. Memang banyak gambar yang digunakan. Even untuk subjek Dinamika pun kena guna jugak. Nanti adik-adik tahu lah. *Tutoran B* Oke, now cerita pasal stuff yang patut korang bawak. Untuk kuliah, adik-adik tak boleh pakai baju beba

Reply to Adik Hadijah

Image
Assalamualaikum ... Kita ada pengumuman ... Hmm, baru terbaca nih. Ada junior yang mintak dekat aku nota-nota yang lepas. Nama dia Hadijah. NOTA UNTUK ADIK HADIJAH : Waalaukumussalam, Adik Hadijah. Tak ganggu pun. Memang tengah free ni haa. Maaf lambat baca. Baru perasan. Kebanyakkan nota-nota akak dah tinggal dekat kolej. Sebab memang kitorang kumpul untuk junior. Kalau jadi student KMP nanti, cuba tanya mana-mana budak blok A2. Ataupun, terus tanya felo berkaitan dengan nota-nota tu. Sebab nak bawak balik pun dah banyak sangat. Buku ekonomi jer setebal dictionary. InsyaAllah ada rezeki, ada lah nota tu. Kalau nak yang akak punya jugak, cari lah buku yang bertulis nama "MIYRA ADRENALIN" Nama tu glamour oh dekat situ. Sekali sebut, semua kenal. Hahaha *TIPU JE WEYH! Semoga menjadi student KMP okay. Gerenti tak menyesal pilih KMP. Buatlah benda-benda yang berfaedah. Ada apa-apa hal yang berkaitan dengan KMP, tanyalah. I