Cara nak memohon PTPTN

Assalamualaikum ..

Hai adik-adik.
So, sekarang ni tengah musim bebudak sem satu nak apply PTPTN.
Ke cane?
Ehh, betullah.

Bukan sem satu je, sem dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh and bla bla bla.

Takpe. Takpe. Saya cuba untuk membantu sedaya saya.
Oke? Sep sikit.

1. Bukak Akaun SSPN
(Dekat mana? Refer IPT korang)

2. Beli no pin PTPTN
(Macam mana? Refer sini)

Bermulah fasa yang agak leceh sikit.
Sebab kalau salah isi, kena beli no pin baru.
TAKE NOTE BAHAGIAN SINI EHH !

Bagi yang pertama kali nak apply, adik-adik kena daftar sebagai pengguna kali pertama.
Macam mana? Bukak laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/
Pastu akan nampak display cenggini.


Click dekat icon yang saya dah borderkan dengan warna hitam tu.
Lepas tu, akan keluar pulak note seperti dibawah :


 Oke, make sure dah ada akaun SSPN okay.
Lepas tu boleh laa apply untuk PENDAFTARAN KALI PERTAMA bagi yang belum pernah memohon PTPTN. Bagi yang dah pernah memohon, boleh log in je terus menggunakan no ic dan kata laluan yang anda isi.


Segala maklumat yang kena isi ada dalam slip semasa korang beli no pin PTPTN dekat BSN tu.
Tarikh, no pin, masa semua ada.
Pastu, akan keluar pulak display macam kat bawah ni :


 Dekat bawah sekali, ada perkataan "Simpan" . Dah habis isi, tekan SIMPAN.
Pahtu, boleh laa deme isi permohonan tu.

Oke, just nak remainder je.
Kalau masa isi, ada benda yang kita tak tahu contoh macam gaji parent, no ic parent, masa isi tu click je SIMPAN. Nanti boleh edit.

And !
Ni part yang paling penting.
Kalau click SIMPAN je, tak hantar lagi permohonan tu.
Lepas habis isi and dah jenuh dok tekan "Simpan dan Seterusnya" tu, akan keluar display macam kat bawah. Ni kira final process lah.


First thing yang kena buat adalah CHECK BALIK SEGALA MAKLUMAT ATAU BUTIRAN ITU DENGAN  BETUL DAN BENAR !

Bila dah yakin, nampak tak ada button "YA" dan "TIDAK"?

Kalau rasa puas hati dan yakin, click "YA".
Kalau tak yakin and rasa nak edit lagi. click "TIDAK".

Bila dah sekali tekan "YA", dah tak boleh edit dah tau.
Be careful people !

Lepas tu, boleh laa print borang permohonan tu.

Anything can ask me at my ask.fm/miyraadrenalin

Good luck :)



Updated 27 August 2016

Hai adik-adik sekalian.
Oke, akak nak bagitahu kepada semuuuuaaaaaa yang bakal apply PTPTN.
PLEASE CHECK BALIK SEGALA MAKLMAT YANG DAH DIISI.
Kalau ada maklumat yang tak pasti, jangan tekan YA dahulu.
Boleh tinggalkan. Dapatkan confirmation, and isi semula.

Jangan bazir duit please.
Rata-rata comment yang akak dapat semua kata tersalah isi laa, tetinggal isi laa.
Jangan membazir duit untuk beli no pin kali ke2.

Comments

Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam. Yup. Kena tunggu email. Lepas tekan "Ya", print maklumat permohonan tu. Simpan.

Siti Aleya : Better simpan dulu. Nanti dah dapat student id, baru tekan "ya"

Anonymous : Mungkin ada yang tak ikut format yang dia nak
Anonymous said…
Assalam akak . Sye nak tanye .. Tadi sye ada bukak akaun sspni kat ptptn . Then bila balik rumah sye nak check no akaun sspni di portal ptptn , dia kata no ic sye takde . Kenapa ye ?
Anonymous said…
ASSALAMUALAIKUM...sy tersalah isi nama bank yg sepatutnya ditetapkan oleh ipt....dan permohonan sedang diproses...mcm mane sy nk tukar nama bank tu?
Anonymous said…
Salam sis, kalau yg pasal jumlah tanggungan tu kan kalau kakak yg sudah bekerja dikira sbg dibwh tanggungan lagi ke ?
Anonymous said…
Hye akak, saya nak tnya klw saya salah isi tahun spm n matrikulasi..effect x permohonan saya?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wasalam. Mungkin masih belum proses.

Anonymous : Wsalam. Nanti masa nak hantar dokumen dekat ptptn, cuba tanya depa boleh tukar lagi tak bank tu.

Anonymous : Wsalam. Kalau dah dapat kerja tetap, tak dikira sebagai tanggungan.

Anonymous : Wsalam. Nanti masa nak hantar dokumen dekat ptptn, cuba tanya depa boleh tukar lagi tak tahun spm dengan matrikulasi tu.
Anonymous said…
assalamualaikum kak ..saya nak tnye yg no akaun dekat butiran kursus tu kan ..no akaun saya sendiri ke? akaun bimb saya atau tak kesah akaun ape yg saya ade? ke no akaun sspn atau akaun poli? ..lpastu no matrik tu klau tk isi tapi tekan ya boleh ke? saya tak fhm dekat yg itu ..
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam dik. Ikut bank uni adik pakai apa. No matrik tu, kalau tak dapat lagi, tak yah isi dulu pun takpe. Nanti bila dah tahu, isi balik.
ika said…
assalamualaikum kak... saya nak tanya... saya dah daftar masuk ptptn buat kali pertama, lepastu ada maklumat yg saya tidak tahu dan saya tekan simpan... and then, saya tekan keluar konon2 nak isi esok untuk nak dpt kan conformation maklumat yg saya tidak tahu itu... lepastu bila saya nak log in balik x boleh dah...
mcm mana ya? kena beli no ptptn yg baru lagi ke?
Miyra Adrenalin said…
Wsalam Ika. Cuba buat forgot password
Unknown said…
Samalah, Kenapa ya? Saya dah tekan button ya then dia kata tak lengkap then tak dapat dihantar tak silap saya. And now saya tak boleh nak check balik cause automatik dia out dari login.
Anonymous said…
Assalam..Nak tnye,,mse isi borang ptpn hr tu sye dah tkan ya lps tu dye tulis berjaya dihantar..Lps tu sye check blik status permohonan belum lengkap sdgkan sye dh terima WPP
Kaira said…
Hello sis , sya bakal masuk mahsa collage . Pihak saya suru buka sspn d bank maybank/bank islam . Sya dah ada account maybank. Soalannya ptut kah sya buat bank baru n trus register sspn . Or guna saja bank maybank lama tu .tolong balas . Thank u
Kaira said…
Document apa yang saya kena bawa untuk buat akaun sspn . N berpa bayaran minumum yang dikenakan
Anonymous said…
Maaf tanya. Sy dh dftr ptptn. Bila nk isi maklumat tetiba diblock dan diminta hubungi pentadbir sistem. Apa bleh sy abaikan utk call dan trus beli no pin bru x?
Anonymous said…
sis saya salah isi nama ayah :( kesalahan yang penting ke? atau boleh saja saya bagitau staf ptptn?
nisa j said…
Salam kak, saya nak tanya pasal penjaga.

saya anak yatim,ayah saya dah meninggal, so untuk soalan 'adakah pemohon anak yatim piatu' tu saya perlu jawab ya atau tidak? sebab ibu saya still ada lagi.

secondly, pasal maklumat penjaga tu,since ayah saya dah meninggal,saya perlu letak jugak ke maklumat dia di butiran penjaga pertama/kedua? atau letak maklumat ibu saya sahaja?

harap akak dapat tolong saya,thanks kak :)
Miyra Adrenalin said…
Anonymous & Unknown : Cuba refresh atau check balik semula dalam tempoh 24 jam.

Kaira : Hai Kaira. Tahniah. Selamat menempuhi alam ipt. Guna je yang lama tu. Bawak IC dan surat tawaran belajar. Min RM 10 tak silap. Sebenarnya, tak related pun akaun bank dengan akaun SSPN/SSPN-i. Sis baru tahu :)

Anonymous : Better contact pentadbir sistem. Maybe sistem down.

Anonymous : Erm, tak pe kot. Yang penting, no IC jangan salah.

Nisa J : Wsalam, Nisa. Ye. Perlu isi bahagian yatim piatu tu. Yang penjaga tu isi maklumat ibu sahaja.
Unknown said…
Hai, nak tanya.. Kalau tanggungan 0, permohonan ptptn kena lulus ker?
Miyra Adrenalin said…
Unknown : Maksud tanggungan 0? Even anak tunggal pun, ayah awak ada 2 tanggungan. Mak dan awak. Tapi kalau ayah dah takde, Mak awak ada 1 tanggungan. Lulus atau tak, nanti diorang akan tengok tanggungan dan gaji.
Oldest Older 201 – 220 of 220